Oleh kerana duit, kite buta hati dan melupakan rezeki yang datang itu sebenarnye dari Allah...bukan
dari DATO' HAJI JASMAN tu!
| Petikan artikel Dalam Harian Metro Sabtu, 9 April 2011 oleh Mohd Ibrahim Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Na'imah Mohamed. | 
Berikut adalah artikel yang saya ambil dari blog http://gerakanantimlm.blogspot.com
Kuala Lumpur:
 Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan 'menjual agama' 
sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa 'projek 
pelaburan' yang dijalankan mereka 'rahsia kerajaan' selain hanya 
dibenarkan golongan Muslim. 
Sindiket
 penipuan pelaburan dikenali sebagai 'Dana Haji Jasman' mula bergiat 
aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan 
ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa 
terutama penduduk johor dan kini mula menular ke kuala lumpur serta 
beberapa negeri lain di semenanjung. 
Difahamkan,
 kini pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) 
itu tidak menetapkan nilai  minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan
 setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam 
tempoh tertentu
Biarpun
 konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit 
'menjual agama' kerana setiap pelaburan dipaksa menandatangani surat 
akuan bersumpah selain 'berbaiah' dan berjanji tidak menggunakan wang 
itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.
Malah,
 ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai 'kadi' 
dan 'pegawai agama' selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan 
golongan Muslim terutama di Masjid dan surau.
Jurucakap
 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya 
belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang 
terbabit dalam skin pelaburan itu. 
"Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk Johor.
"Pendedahan
 ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah 
sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai 
mangsa terpedaya," katanya ketika ditemui disini, semalam.
Mencerita
 taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke 
kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan 
diri sebagai 'kadi' atau 'pegawai agama'.
"Malah,
 ada kalanya kumpulan terbabit melakukan 'ceramah' di hotel selepas 
melakukan hebahhan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkosepkan 
Islam," katanya.
Menurutnya,
 dalam 'ceramah' berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik 
kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada 
penganut agama lain.
"Setiap
 pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam temph tertentu selain 
tiak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli 
rokok. 
"Kebijaksanaan
 kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama 
golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu 
menyertai pelaburan berkenaan, Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung
 berusia 50-an yang dipanggil 'pak cik' sebaliknya terdapat kakitangan 
kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
"Malah,
 maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang
 simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan tersebut menghilangkan 
diri," katanya.
Katanya,
 dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum 
melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
"Oran
 ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih 
dahulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka 
melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya
 masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan sesuatu 
perkara mudah,"katanya.
Sehubungan
 itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit 
diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada 
aduan@seccom.com.my.
Pengarah
 Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed 
Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan 
berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut 
dilakukan.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.
"Orang
 ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang 
mengaku kotoh agma selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum
 menyerahkan wang kepada individu terbabit," katanya ketika dihubungi, 
semalam.
Tambahannya,
 pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang 
ramai selain mengingatkan masyarakat kepada pihak lebih arif sebelum 
menyertai sesuatu pelaburan.
 
 
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny