::Tolong Penuhkan Tabung Kahwin Saya::

Tuesday 28 February 2012

TIP's WANITA BERTUDUNG (^_^)

Wanita bertudung seringkali menghadapi masalah rambut berbau, kelemumur, rambut berminyak dan rambut tidak bermaya. Apa kata try tip-tip ini...jika tidak mampu untuk pergi ke saloon dengan kerap...  Selamat Mencuba ! 






Comelnya Diana Amir bertudung :)
   


kepala gatal, kelemumur, bermasalah ??




1. Pilih syampu bersesuaian dengan rambut dan dapatkan masihat pakar sekiranya rambut masih bermasalah

2. Keringkan rambut sebelum mengenakan hijab. jika tidak rambut akan cenderung kepada masalah kelemumur, rambut berbau sekaligus mengakibatkan pening kepala.

3. keringkan rambut dengan menggunakan tuala sambil melurutkannya secara lembut dan perlahan dari atas hingga ke hujung. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.

4. Sewaktu tidak mengenakan tudung, sikat rambut dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat oksigen secukupnya.

5. Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, lumurkan santan kelapa pada rambut. Biarkan sekejap, kemudian bilas dengan air bersih dan seterusnya basuh rambut dengan syampu yang bersesuaian. Amalkan cara ini selama seminggu sekali.

6. Untuk menghilangkan kelemumur, gosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala dengan syampu anti kelemumur, dan lebih baik kalau ia turut mengandungi campuran limau purut.

7. Basuh rambut denagn air dingin untuk kesegaran kulit kepala optimum.

8. Sekiranya rambut berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. **Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang dialami, keadaan cuaca panas ataupun pengambilan makanan berlemak yang berlebihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:Klik, Klik, Klik::