::Tolong Penuhkan Tabung Kahwin Saya::

Thursday, 7 July 2011

Jujur dan Bersyukur lah....

kadangkala kita selalu merendah diri apabila kita melihat kekurangan dan kelebihan insan lain...


>> Sebenarnya, kita perlu sayang pada diri kita, jujur pada diri kita dan bersyukur pada apa yang telah dikurniakan olehNYA..
   


Bagaimana kita mahu menyayangi orang lain dan jujur dengannya jika belum jujur pada diri sendiri?
Kejujuran tidak akan muncul dalam diri selagi hati dan jiwa tidak dibalut dengan keyakinan kepdana-NYA..
Kita sudah mula berasa apa yang dianugerahkan tidak seperti yang kita harapkan. kita tidak mungkin akan berasa tenang 
dengan apa yang telah kita miliki. sedangkan MENSYUKURI itu tanda hati dan jiwa yang tenang.


Jika sikap ini belum ada pada diri kita, kita mestilah belajar daripada sekarang
BERSIKAP JUJUR DALAM SEMUA PERKARA DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG TELAH KITA MILIKI.


kita juga tidak perlu bersedih dengan kenangan masa silam kerana ia akan menjadi penganggu dalam hidup kita.
berdasarkan pengalaman saya, memang ia sangat menghantui diri,.
Alhamdullilah sekarang tidak lagi..kerana kesedihan akan membuatkan kita bimbang dengan segala kemungkinan  dan akan mensia-siakan kesempatan hari ini. Dan yang membimbangkan kita tidak dapat menerima qadak dan qadar sehingga membuat kita semakin jauh dengan Tuhan dan benci dengan nikmat.

" Ya ALLAH...jadikanlah aku redha dengan qadak-MU hingga aku tahu bahawa apa yang menjadi bahagianku pasti akan datang padaku dan yang bukan bahagianku tidak akan pernah menimpaku..Amin."


6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:Klik, Klik, Klik::