::Tolong Penuhkan Tabung Kahwin Saya::

Saturday, 30 July 2011

Bahagia nye Hidup Jika....

wanita........

♥ Wanita yg Baek -->Wanita yg boleh sentiasa merasa malu (menutup aurat dengan betul) ♥
♥ Wanita yg Cantik -->Wanita yg menundukkan mukanya apabila bejalan ♥
♥ Wanita yg Sweet -->Wanita yg menjaga suaranya ♥
♥ Wanita yg Romantik-->Wanita yg sentiasa menjaga hati ke-2 orang tuanya ♥
♥ Wanita yg Charming-->Wanita yg menjaga ibadatnya ♥


lelaki.........

♥ Lelaki yg Baek -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA ♥
♥ Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berpakaian baju yg kemas dan menuju ke masjid ♥
♥ Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah ♥
♥ Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari ♥
♥ Lelaki yg Charming-->Lelaki yg mengingatkan si dia ttg IBADAT ♥

Tuesday, 26 July 2011

<--- kalau dah jodoh x kemane --->

Hari demi hari....
bulan berganti bulan....diam x diam sudah menjangkau 3 tahun ak berkawan dengan dye...
Orang kate cinta lame jangan dikenang kerana akan memakan diri....
tapi aku x bercinta dengan dye..hehehe....aku cume berkawan..berkawan baik...
walaupun dye pernah mengungkap sayang kepada aku semasa aku rancak berkawan dengan dye, aku seolah2 x dapat terima dan menganggap tu semua hanya tipu dan main2 jer....
setelah tu,..aku pun meneruskan hubungan persahabatan mcm biase...lama kelamaan aku pulak yg dah tangkap feeling dengan dye....ish3......x pasal je kan...now, aku lak yg terlepas dye....dye dah ada orang lain...xpew lah..bukan untuk aku mungkin...sob,.sobb,.sob...(sedih gak)....


aku pun terus lah berkawan dgn dye tp agak kurang lah..sebab xnak lah kacau pakwe orang sangat...
aku dengan hidup aku dan dye dengan hidup dye..la..laa..laaa.....
Cinta aku x berakhir disitu..kiteowg selalu berkongsi cerita..aku mudah jeles apbila dye bercerita tntg awek dye..tp aku xckp pun dengan dye..hehehe..malu lah....erm..aku masih sayang dye rupanya...Pedih aku rasakan...aku pun mula mencari pakwe agar aku dpt melupakan dye...tapi x pernah berkekalan..aku asyik bergaduh dengan bf aku, kdg psal bnda kecik pun leh jadi besar..erm!!  akhirnya aku nekad jujur~...sebabnye??

AKU MASIH MENCINTAI Dye



Selepas dye ade mslh dgn gf dye, aku sering dipersalahkan sbb jd org ke3 bile dyeorg bergaduh..sedihnya hati~.....akhirnya diorg putus..
dye pun entah mcm mana, nak kita orang perbetulkan keadaan..aku mulanya x faham ape maksud dye, lama2 fikir baru aku faham...hehehe...
sekarang aku dah comeback dengan dye..huhuhu...gembira....<3
tapi....adakah aku boleh menerima dye sebagai pakwe aku setelah aku berkawan lama dengan dye???
akhirnya aku terima dye dengan hati yg terbuka...hopefully get happy ending~  :)

*LoVe YoU eVeRyDaY*




pelangi selepas hujan


Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala melemahkan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.


Terus kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.


Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

" Mengapa tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk mendapatkan sesuatu? "

Jawapannya, SENANG.


Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

Monday, 25 July 2011

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


Wallahualam...

Sunday, 24 July 2011

Kecundang lagi...

C.I.N.T.A.............

ape yg sebenarnya yg dimaksudkan tentang CINTA ni??
ak xdapat nk merasakan CINTA yang sebenarnya...
tp ak iri hati bila tgk org lain bercinta...ish3..teruk aku nih..

nape aku mudah kecundang dalam alam bercinta ni..
aku x tahu kenapa.....
hanya kesdihan yg melanda diri sekarang...tp...


Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya...

Tuesday, 19 July 2011

Aku tak Ingin..

Aku x ingin melihat Matahari hilang
tapi aku ingin menunggu datangnye Bulan..

Aku x ingin orang yg aku syg pergi dulu..
tapi aku tahu Tuhan lebih sygkan mereka..

Aku x ingin melihat penindasan..
tapi aku x mampu meleraikannya..

Aku x ingin hidup di dalam penderitaan..
tapi...aku x sanggup melihat orang lain menderita..
 
Aku x ingin hidup dengan bayangan dosa..
tapi aku x nak melihat sahabat2 ku terus membuat dosa..

Aku x ingin melihat maksiat di mana2..
tapi aku x dapat mengawal mata dari melihatnya..

Aku x ingin hidup sendirian..
tapi aku tahu Tuhan sentiasa bersamaku..
di saat susah dan senang ku...
di saat hatiku gelisah..
di saat aku ingin memohon pertolongan...
dan.........
Aku x ingin kehilangan PetunjukNya....

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek."

Monday, 18 July 2011

Siapa yang cantik??

 ~petikan diambil dari  http://www.iluvislam.com/ untuk kongsikan bersama~

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)



Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

Sunday, 17 July 2011

Aku Sangat Cantik

Aku Sangat Cantik | iluvislam.com + discover the beauty of islam
~petikan from iluvislam.com~
sekadar untuk dikongsi bersama kepada semua muslimah...


Kepada anda semua yang bergelar wanita muslimah,
Jujur dari hati kalian, apakah sebenarnya nilai dan erti sehelai tudung yang berada di kepala anda sekarang ini? Adakah sekadar mengikut trend atau anda benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah?
Dunia ni pelik, ramai yang bertudung namun cara berpakaian masih tidak mengikut hukum syara'. Ada yang bertudung litup tetapi memakai kain terbelah. Jika di universiti dahulu saya dan rakan-rakan memanggil pakaian sedemikian sebagai pakaian halal haram. Kenapa? Ini kerana kami melihat setiap kali si pemakai melangkah pasti akan terlihat sebentuk kaki hingga ke paras peha dan sekiranya si pemakai berdiri tegak, kaki yang tadinya kelihatan sudah tidak kelihatan kerana tertutup disebalik kain belah.
Tidak kurang juga, ada yang memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek, baju ketat, baju jarang, kain pendek dan macam-macam lagi trend yang sungguh 'unik'. Unikkah? Atau...
Yang lebih menghairankan lagi, wujud pula program-program ala ratu cantik untuk wanita bertudung. Objektifnya mungkin bagus kerana hendak membuktikan bahawa wanita bertudung (muslimah) juga setanding dengan wanita-wanita lain dari segi personaliti akan tetapi adakah program-program tersebut dibenarkan dalam Islam?
Jika diteliti, program-program tersebut tidak banyak bezanya dengan program ratu cantik yang lain, cuma tidak ada slot bikini. Isi utama penganjurannya masih lagi berkisar tentang fesyen dan lifestyle peserta-peserta.
Fesyen yang ditonjolkan pula kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar. Pemakaian tudung yang singkat, baju yang jarang dan mengikut potongan badan dipertontonkan kepada umum sedangkan kecantikan seseorang wanita wajib dipelihara bukan di pertontonkan kepada mata-mata ajnabi. 
Islam turut mengajar kita untuk bersederhana. Tidakkah pertandingan-pertandingan sebegini hanya akan mengundang riak di hati para peserta?. Riak kerana mungkin ada antara peserta yang merasakan diri mereka terlalu cantik, popular, dikenali ramai dan ayu berbanding wanita-wanita lain yang tidak menyertai pertandingan sebegitu. Walhal mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang diobjekkan oleh manusia-manusia yang tamakkan keuntungan. Jadi, betulkah mereka ini benar-benar cantik?     
Bertudung itu bererti kita sudah memilih untuk mengikut tuntutan Allah S.W.T iaitu menutup aurat. Apa realistiknya Islam menyuruh wanita menutup aurat? Sudah tentulah kerana Islam menjaga martabat wanita agar sentiasa dipandang tinggi dan mulia. Jika anda diberikan pilihan, memilih antara dua makanan yang sama namun salah satu daripadanya terdedah tanpa penutup dan satu lagi elok bertutup yang mana satu agaknya yang akan anda pilih? Saya pasti anda akan memilih yang berpenutup bukan? Begitu lah juga dengan wanita. Antara yang terdedah auratnya dan yang tertutup auratnya sudah pasti lelaki yang soleh akan bijak menilai permata disebalik kaca-kaca. 
Disebabkan inilah, Islam tidak membenarkan wanita diobjekkan. Islam mahu wanita berada setaraf dengan lelaki dari segi kualiti kehidupan tanpa perlu berpakaian seksi, namun tidak perlu pula menyerupai lelaki. Tidak salah untuk berpakaian cantik, dan berpesonaliti menarik, kerana itulah fitrah seorang wanita tetapi jangan jadikan keinginan mengatasi batasan syariat yang ditetapkan. 
Kenapa saya katakan wanita sekarang diobjekkan? Baiklah, sekarang ini kita dapat lihat kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya dan akhlaknya semata-mata, tetapi pada kejayaannya, pangkatnya dan hartanya. Namun, berbeza pula dengan wanita. Kehebatan wanita kerap kali dinilai melalui kecantikannya, rupa parasnya dan penampilannya. Realitinya kalau seseorang wanita itu tidak cantik, gemuk, tidak cerah dan sebagainya, wanita tersebut akan lebih tersisih dan tidak menjadi pilihan majoriti lelaki di luar sana.
Tidak percaya pada statement ini? cuba fikir kenapa ada perempuan yg sangat cantik sanggup berkahwin dengan lelaki sangat tua dan tidak ada rupa pula tu tetapi kaya raya? Dan, kenapa pula lelaki yang sudah punya isteri yang cukup baik, cantik, taat, tapi masih hendak berkahwin lain kerana perempuan tersebut lagi cantik dan muda? Fikir..fikir..
Secara analogi, jika suatu objek itu tidak cantik, dan tidak pula menguntungkan, adakah kita mahu memilikinya? Inilah yang saya maksudkan bahawa rata-rata wanita kini telah diobjekkan kerana jika wanita itu tidak cantik, maka dia akan dianggap tidak ada nilai dimata masyarakat secara puratanya, walaupun dalam diri wanita itu masih banyak nilai-nilai murni yg lain. Disinilah terlihatnya keadilan Islam kerana Islam tidak memandang wanita pada aspek kecantikannya sahaja, tetapi Islam melihat wanita berdasarkan akhlaknya, imannya dan budi pekertinya?
Saudari-saudari sekalian, jika anda fikir anda cantik sesungguhnya masih ramai lagi wanita diluar sana yang lebih cantik daripada anda ditempat lain seperti timur tengah dan sebagainya. Ada antara mereka yang memiliki mata pelbagai warna, hidung yang lebih mancung, kulit yang lebih putih mulus, malah jika kita sendiri melihat kecantikan mereka pasti kita akan menganggap mereka itu jelmaan bidadari, tetapi mengapa ada antara mereka itu memilih untuk tidak mempertontonkan kecantikannya pada umum malah ada yang turut memakai purdah untuk mengelak fitnah? 
Jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata-mata lelaki ajnabi, mengapa tidak kita?
Saya tidak memaksa anda untuk sentiasa berjubah, berpurdah dan berniqab. Cukuplah sekiranya anda meletakkan nilai harga diri anda pada sehelai tudung dikepala anda. Maksudnya, anda tidak menutup kepala anda hanya kerana trend atau sekadar syarat semata-mata. 
Dunia ini sementara. Di syurga nanti kita akan menjadi sangat cantik, secantik bidadari. Semua yang didalam syurga itu akan memuji kita buat selama-lamanya. Tetapi sebelum itu, kita harus menjaga maruah dan martabat kita di dunia. Fikirkanlah wahai wanita-wanita, kecantikan rupa parasmu adalah hak suamimu yang bertungkus-lumus menjaga dan mencintaimu sahaja. Bagi lelaki pula, kesetiaanmu adalah milik isteri yang sepanjang masa mentaati dan mencintaimu, bukan untuk wanita-wanita yang tiada sebarang ikatan denganmu. Wallahualam.

Air Tangan Orang Tak Solat

Air Tangan Orang Tak Solat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

~petikan dari iluvislam.com~
sekadar untuk renungan bersama...


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wa'allahualam

Tuesday, 12 July 2011

~Love Grow~

When I'm with you,
eternity is a step away,
my love continues to grow,
with each passing day.

This treasure of love,
I cherish within my soul,
how much I love you...
you'll never really know.

You bring a joy to my heart,
I've never felt before,
with each touch of your hand,
I love you more and more.

Whenever we say goodbye,
whenever we part,
know I hold you dearly,
deep inside my heart.

So these seven words,
I pray you hold true,
"Forever And Always,
I Will Love You."

ku ukir nama mu...

Even let you go
something had along
forever will we go
the love is never shine......

It's so hard to say
since you far away
nothing got to do
the love is only you......

Cinta ke mana
akan ku cari
rasa cinta yang pernah ku miliki
janji setia
sehidup semati
dan hanya waktu yang
memisahkan kita..


Namun semua....
telah berakhir untukku....


Harus ku akui
sampai detik ini
tak akan ku lupa
kisah cinta kita
abadi untukku....
akan ku ukir indah namamu.....







Saturday, 9 July 2011

Redha...

Terimalah kenyataan bahawa ketentuan TUHAN adalah yang terbaik kerana tidak ada yang terjadi sebagai kebetulan. ini kerana kita tidak mampu menaikkan hujan yang turun dari langit, juga tidak mampu menahan siang untuk tidak datangnya malam.

Binalah keyakinan bahawa ada kala apa yang terjadi kita tidak suka tapi ALLAH suka. 
Kalau ALLAH tahu setiap helai daun yang gugur, mana mungkin DIA tidak tahu apa yang kita lalui.
Segalanya terjadi atas susunan peta-NYA, maka hadapilah segala dugaan dengan lapang dada.





Thursday, 7 July 2011

Jujur dan Bersyukur lah....

kadangkala kita selalu merendah diri apabila kita melihat kekurangan dan kelebihan insan lain...


>> Sebenarnya, kita perlu sayang pada diri kita, jujur pada diri kita dan bersyukur pada apa yang telah dikurniakan olehNYA..
   


Bagaimana kita mahu menyayangi orang lain dan jujur dengannya jika belum jujur pada diri sendiri?
Kejujuran tidak akan muncul dalam diri selagi hati dan jiwa tidak dibalut dengan keyakinan kepdana-NYA..
Kita sudah mula berasa apa yang dianugerahkan tidak seperti yang kita harapkan. kita tidak mungkin akan berasa tenang 
dengan apa yang telah kita miliki. sedangkan MENSYUKURI itu tanda hati dan jiwa yang tenang.


Jika sikap ini belum ada pada diri kita, kita mestilah belajar daripada sekarang
BERSIKAP JUJUR DALAM SEMUA PERKARA DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG TELAH KITA MILIKI.


kita juga tidak perlu bersedih dengan kenangan masa silam kerana ia akan menjadi penganggu dalam hidup kita.
berdasarkan pengalaman saya, memang ia sangat menghantui diri,.
Alhamdullilah sekarang tidak lagi..kerana kesedihan akan membuatkan kita bimbang dengan segala kemungkinan  dan akan mensia-siakan kesempatan hari ini. Dan yang membimbangkan kita tidak dapat menerima qadak dan qadar sehingga membuat kita semakin jauh dengan Tuhan dan benci dengan nikmat.

" Ya ALLAH...jadikanlah aku redha dengan qadak-MU hingga aku tahu bahawa apa yang menjadi bahagianku pasti akan datang padaku dan yang bukan bahagianku tidak akan pernah menimpaku..Amin."


Monday, 4 July 2011

start the new life...

LOVE
Entry in my heart....start from my mum born me long time ago....
from that..its be :     I LOVE my MOTHER...HAPPY MOTHER DAY.. hehehe...but now my mother is past away....erm,.May God Bless Her... =(



LOVE
love can make us feel happy, sad and scared...
cakap melayu pulak lah..hehehhe.....
cinta kadang kalanya indah...kadang kalanye pahit....bergantung pada kita sebenarnye nak mencorakkan
dan menyinarkan  hubungan itu....

saya banyak kali kecundang dalam alam percintaan....kadang2 bila difikirkan balik, memang bnyak silapnye...
saye yang naif dalam percintaan ni..memang sajelah mencari pengalaman hidup,..huhuhu...
setelah lame menjalin hubungan persahabatn...
akhirnya cinta terpaut juga...cehh,wahh,..hahahahaa....this LOVE for u..
                            
A Special World

A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.




yang terbaik sye rasekan....

Assalamualaikum,,...

Hasrat sye....isi hati sye telah didengari oleh Tuhan Yang Maha Esa...
sye inginkan laptop bru i5@i7...tp sye cume boleh bermimpi saje..
dengan keluarga yang mengalami mslah kewangan...sye hnya mampu menatap mata abah...
dan menghasratkan keinginan sye...setelah sye berikan kesemua elaun kepada abah...
dan..akhirnye sye dpt i5.....Alhamdullilah...shukran Jazillah.... (^_^)
Abah telah menunaikan hasrat sye...

>> sye berpegang pada syarat abah yang sye akan belajar dgn sebaik mungkin...Amin,...







HP G42-458TX

Processor

Intel® Core™ i5-480M Processor (2.66 GHz with Turbo Boost up to 2.93 GHz, 3MB L3 Cache)
Memory
2GB 1066MHz DDR3
HardDisk
640GB 5400rpm
Screen
14.0” diagonal High-Definition HP BrightView LED Display (1366 x 768)
Optical Drive
LightScribe SuperMulti 8X DVD±RW with Double Layer Support
Bluetooth
802.11b/g/n WLAN + Bluetooth®
Operating System
Microsoft Windows 7 Home Premium(64bbit)
Graphic Card
ATI Mobility Radeon™ HD 6370 Graphics (1GB)










Sunday, 3 July 2011

Kalau lah........

kenapa mesti ada kalau dlam setiap ayat kita??
kadang-kadang mcm lucu lak dgrnyer....
semuanye bermula daripda KALAU....

tengok ea.... >>

Kalau lah...aku anak orang kaya...mesti hidup aku senang kan....
Kalau lah pakwe aku memahami, aku xkan tinggalkan dye...
Kalau aku jadi Perdana Menteri aku akan bagi rakyat hidup senang...

** hahahahha...cuba korang bayangkan kalau "KALAU" tu xde??
    >>mesti pelik bunyi nyer...






Saturday, 2 July 2011

Sahabat tu ape??

Sahabat,Teman,Kawan??
sama kew..............hmmm...saye pon xthu nk jelaskan mcm ner...tp yg pentg maksudnyer lebih kurang jer,..hehehe....marilah...



SAHABAT....
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hak“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).im)


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
  •  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  •  Jika engkau rapatkan persahabatn dengannya, dia kan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupi
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta), dia kan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya, mescaya dia akan membenarkan kam
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan sahabat

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

>>>>Bak kata pepatah ArabBersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



sebenarnya, KAWAN, SAHABAT, TEMAN adalah sama erti...










         

kehidupan..hahaha..layan......

Pancaroba
lirycs =)

Aku…sendiri...Tiada teman yang menanti…
Dimalam pesta..oh riangnya…
Kini..tiada lagi…
Untuk menerima cinta oh duniawi
Ku tak bisa…
Kali kedua…

Malam masih muda
Ikutkan rentaknya
Menari cha cha cha
Hilangkan duka lara
Papa asal bergaya
Yang penting kita gembira
Ku tak bisa untuk melawan
Godaan melanda
Harta jangan dikejar
cinta tak kemana
Jangan diikutkan kehendak dunia
Kelak kau binasa
Hidup penuh dengan pancaroba


Aku..mencari..
Mencari dan terus mencari
Sinar cahaya
Untuk selamanya
Kini..tiada lagi..
Untuk menerima cinta oh duniawi
Ku tak bisa…
kali kedua…





layan..memang terbaik lerrr grey sky morning..<3 love u lahh..
hehehehe.....lebih kurang mcm ni lah rentakknye kehidupan aku...
>> aku inginkan kebahgian tp seringkali derita yang aku dapat,..
>>ape2 pun,.pengalaman mendewasakn diri...keep it up girls!!!!
>>i can change my life,..~~~ <3 <3   (^_^)

Grey Sky Morning...
lagu2 band ni sodap2 belako lah..cair denn,. =)


Friday, 1 July 2011

cokelat...laa..la..la....

COKELAT???? uhhhhh,..my favourite....hehe...
ramai orang cakap cokelat boleh menggemukkan badan??
salah!  hehe..coklat sangat berhasiat dan ubat kesedihan....



kebaikan coklat :
Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.

Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.  

coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.






erti kata lain... :>                                                                           

1. coklat baik untuk KESIHATAN
2. coklat kaya dengan VITAMIN
3. coklat itu MENENANGKAN
4. coklat baik untuk KECANTIKKAN
5. coklat boleh membibitkan CINTA
5. coklat boleh membangkitkan GHAIRAH SEKS



                               

                                                                                                       
>>>>>>mesti pasni korang akan nk makan coklat kan??
>>>>>>hehehe..boleh makan...tapi jangan lah makan terlalu banyak 
               pula dalam masa 1hari tu ye..

Wanita... ^_^

syurga di telapak kaki ibu..
kerana wanita lelaki boleh berperang...
kerana wanita dunia sentiasa berseri-seri...
wanita adalah pelengkap kehidupan bagi seorang lelaki..
 



bagi lelaki yang sudah berkahwin...dia akan dengan sendirinya lebih memahami perasaan wanita yang dikahwininya...
bagi aku la...wanita adalah madu dan racun...

boleh menjadi penawar boleh juga menjadi racun...
jadi pandai pandai lah kaum lelaki nak menjaga hati dan perasaan wanita...
sebab hati wanita walaupun kadangkala nampak tegas tapi sebenarnya ada kelembutan....hehehehe....


 wanita marah ade sebabnye...walaupun luaran dye nmpak kasar..
tapi didalam hatinye..penuh dgn kelembutan...


kelembutan wanita dapat mencairkan api kemarahan
sang suami....jadi ingat lah wanita diluar sana....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:Klik, Klik, Klik::