::Tolong Penuhkan Tabung Kahwin Saya::

Saturday 23 June 2012

PSORIASIS








PSORIASIS - sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit yang berlarutan.

Penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur. Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira 3 % rakyat Malaysia menderita penyakit kulit kronik yang berkaitan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.

Mereka yang menderita penyakit ini telah menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti, serta berdepan konflik pemencilan sosial. Mereka mengakui penyakit ini membawa impak besar serta menggangu kehidupan harian. 

Pesakit perlu sedar psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang. Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan gejala sakit atau bengkak pada sendi ( kardiovaskular dan arthritis psoriatik ).

Simptom psoriasis :


  • Keguguran sisik kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian badan lain
  • Gatal tapi pada tahap yang berbeza-beza

Tip rawatan dan ubat melegakan :

Pelembap
  • Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa
  • gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap
  • Gunakan sarung tangan
  • potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak


Ubatan dan Krim. Saranan doktor antaranya : 

  • Krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine dan Calcipatriol
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA


Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan penyakit anda.
-->  Perlu diingati! Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:Klik, Klik, Klik::