EMAK.....
bila emak ketawa riang, wajahmu amat bercerah dan bersinar...
Sinar yang menerangi hidup aku dan akak adik..
Namun...aku tidak mengerti mengapa emak diuji dengan dugaan yang berat...
ketika emak sakit, emak tetap bersemangat dan mengagahkan diri untuk bangun dan meneruskan tanggungjawabmu...kerana aku tahu emak sayangkan anak-anaknya.....
EMAK....
Mengapa emak perlu mengorbankan diri untuk kami?? mengapa juga aku tidak memahami perasaanmu ketika itu.......
EMAK...
apabila engkau terlantar diatas katil usang, tanpa dapat bergerak, aku sebenarnya tidak dapat mengawal perasaan sedih aku...kerana tidak meyangka engkau yang dulu sihat dan ceria akhirnya sakit dan berdiam diri....
di kala malam, aku memandang wajahmu yang sedang tidur umpama bidadari dari langit yang ditugaskan untuk menjaga keluargamu..aku sebak.....
EMAK....
dikala emak sedang marah dan membebel, aku sering mengeluh dan mengomel sendiri yang bukan-bukan....
Pada waktu itu, aku tidak mengerti bahawa tujuanmu adalah untuk menyedarkan aku akan kesalahanku....aku tahu emak sayangkan aku...sayangkan keluarganya....
EMAK....
Disaat emak menyuruhku melakukan sesuatu, aku pasti akan mengendahkanmu kerana pada waktu itu aku merasakan emak tidak memahami kepenatan aku yang baru pulang dari sekolah.....
tetapi kini aku telah sedar.....tugasmu sebagai emak lebih memenatkan dari aku.....emak menyediakan makan mimunku,kelengkapanku,menjaga keperluan abah,mengemas rumah dan banyak lagi yang emak lakukan....
EMAK...
Ketika emak terlantar layu di tilam, dengan wajah yang sayu...aku disisimu terasa amat sedih...
sedih kerana aku melihat penderitaanmu,keperitanmu,kesakitanmu....semua itu terpancar diwajahmu emak.....aku tidak dapat lagi merasa masakanmu....tiada lagi yang akan menyediakan makan minumku selepas aku pulang dari sekolah...jelas,..aku sudah terasa ketika itu....abah hanya mendiamkan diri,.
aku tahu abah sedih melihat keadaan emak yang tiada harapan lagi untuk sembuh......Doktor juga sudah tidak terdaya untuk menyembuhkan emak...emak sudah tiada harapan lagi.........sedih!
15 MEI 2006....
emak telah pergi meninggalkan aku................
kini aku sedar betapa sukarnya hidup aku tanpamu.....emak telah pergi untuk selamanya....
Hidupku gelap seketika tanpa emak disisi...
Abah menjadi seorang yang pendiam dan panas baran....
aku sepi tanpamu emak.......
EMAK.....
Terima kasih yang tidak terhingga kerana ketika emak masih hidup, emak telah menjagaku, menyediakan makan minumku, keperluanku,.dan sentiasa berada disisiku ketika sakitku dari aku dilahirkan hingga aku dewasa kini...
Pengorbanan emak amat besar nilainya....
Terima Kasih emak kerana melahirkan aku kedunia ini....
Sudah 5 tahun berlalu... namun aku masih tetap merinduimu...
Al-Fatihah......
semoga roh emak ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin...