::Tolong Penuhkan Tabung Kahwin Saya::

Friday 30 September 2011

Pilu seorang SAHABAT...maafkan aku....

Entah kenapa,..hari ini aku terasa ingin meng 'update' blog ni setelah tamat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri..
pilunye aku...terasanya hati aku...apabila aku mengenang kembali nostalgia lama...
Aku buka FACEBOOK ade group (memory down lane ex-6Saga ) < http://www.facebook.com/groups/129420773823142/  > group ni mengingati aku zaman sekolah rendah aku!! Hu3....mcm xpercaya lak aku boleh berjumpa berjumpa mereka semua walaupun dlm FB..dunia ni semakin mengecil aku rasakan...dah berapa tahun aku meninggalkan kelas 6 rendah...tp aku rase macam baru semlam je aku habis sekolah 6 rendah..Hehehe....masing2 sudah berjaya, belajar tinggi, jwatan yg best2...(boleh la) tapi siape sangka kan..Huhuhu..budak yg aku buli pun aku boleh jumpe balik,.Haha..lucu2,,,, (^___^)













Macam2 kenangan ada,..memang xboleh blah lah...kira aku ni gangster gak lah kan dpt buli classmate lelaki,..
mujur lah budak tu lebih kecik dri aku,.kalau besar????aku lak yg kena buli balik..wakwakakkaa.....



Orang kata, kawan menangis susah nak di cari, tetapi kwan ketawa mudah saje di dapati..
tapi memang betul...aku dpt rasakn tu mmg betul...boleh pakai...sebab aku pernah mempunyai kwan baik...
kwan yg sentiasa menolong kwannye apabila susah, senang, duka, gembira..semua dikongsi bersama...tapi aku tak terniat pun nak berkongsi TEMAN HIDUP dia jugak!! (sekitar tahun 2010) semua tu berlaku dlm sekelip mata je..
dek mulut manis, aku terpaku, terkelu, hingga aku terpaut..aku rasa mcm nk rebah...dlam menjalin hubungan aku tersedar, yang aku hnya dipermainkan...dan aku kuatkan semangt untuk mendedahkn rahsia yg menybabkan kawan baikku bersedih..aku nekad,kerana aku tidak mahu lagi berahsia dengan kawanku. Dan aku juga sedar, aku tidak mungkin akan bahgia dengan kekasih orang..aku tahu aku bersalah kerana menjadi orang tengah dalam hubungannya hinggakan aku menjadi orang ketiga!!!? walaupun terpksa putus hubungan dgn kawan baikku..apa yang aku tahu, itulah yang aku beritahu,..jika dia lebih percayakn apa yang pakwe dia beritahu, aku redha.....maafkan aku sahabat...aku tersilap kerana membelakangkan kamu...semoga dosaku diampuni...aku tidak mungkin dpt berjumpa sahabat sebaikmu,.Engkau lah sahabatku dunia dan akhirat,.... ..May God Bless You....Amin.....

Sunday 11 September 2011

Jangan Menggunakan 'SALAM'

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Mengapa Kita Membaca Al-Quran ?

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.
Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata,
‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air.
Anda tidak cukup kuat mencubanya.’
Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.

"Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini".
(Al- Jasiyah, 45:20)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:Klik, Klik, Klik::